Wednesday, August 12, 2009

PENGERTIAN HARI KEBANGSAAN BAGI SAYA SEBAGAI RAKYAT SINGAPURA


Hari Kebangsaan jatuh pada 9 Ogos 1965.Ia merupakan hari dimana Singpura menjadi sebuah negara yang merdeka.Dengan itu,kita merayakan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos setiap tahun untuk meraikan hari yang gembira dan amat bermakna terutama sekali bagi rakyat Singapura.


Setiap tahun,saya akan menantikan hari itu untuk menyaksikan pesembahan yang telah disediakan bagi sesetengah rakyat Singapura.Yang paling saya menanti-nantikan ialah pembarisan yang terdiri daripada murid-murid daripada Sekolah menegah di seluruh Singapura.Dengan ini,hubungan antara murid-murid dapat dieratkan lagi dan juga murid-murid dapat membuat kawan baru dari sekolah lain.Selain itu juga,saya kagum dengan persembahan yang telah dipersembahkan oleh sesetengah sekolah yang telah dengan sukarela menyertai persembahan itu. Dan yang paling saya nanti-nantikan ialah bunga api.Ia adalah satu saat yang sangat indah yang kita jarang boleh alami.

Pada tahun ini,saya rasa beruntung kerana dapat meraikan Hari Kebangsaan di platform terapung,dimana lebih lapan ribu orang yang berkumpul di situ.Dan pada pendapat saya, persembahan yang telah dipersembahkan sangat meriah.Pada setiap tahun,kesemua persembahan ini tidak pernah menhampakan orang yang datang untuk menyaksikannya.

Akhir kata,Hari Kebangsaan sangat mengerti kepada kita dan kita sebagai seorang rakyat Singapura harus menghargai hari tersebut.

No comments:

Post a Comment